Selasa, 26 Mei 2009






Name : Read Malaysia 2009





Date : 29 May - 7 June 2009





Time : 11am - 10pm





Venue : Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC),
Mines Resort City





Organized by : MINES Exhibition Management Sdn Bhd





Endorsed by : Ministry of Education





Official Media Partners : Berita Harian
Nanyang Siang Pau
The China Press





Official Radio Station : MY FM
Hitz FM
Era FM





Official Public : Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM)





Official Hotels : Palace of Golden Horses
Palace Beach & Spa





Total Area of Exhibition : 12,500sqm (135000 sqf) Hall





Estimated No. of Booths : 600 booths





Estimated No. of Exhibitors
: 200 exhibitors





Estimated No. of Visitors : 400,000 visitors





Participating Countries : China
Taiwan
Hong Kong
Singapore
Malaysia

Khamis, 23 April 2009

LENSA RASA

MENJENGAH RONA ALAM

Tatkala melangkah ke ruang luas
Cubalah menyoal sanubari sendiri
Kenapa kita berdiri disini?

Tatkala jawapan kau perolehi
Terjahkan pula pertanyaan

Kenalkah kau milik kerajaan maya ini?
Dua pertanyaan ini pasti menghurai jawapan panjang
Kerana Dia Pencipta Yang Maha Tahu

Pemunya kerajaan di langit dan dibumi

Tanpa sekelumit pun di sini yang bukan kepunyaan-Nya

Insan dicipta pelbagai dan berbangsa kelompok kabilah
Begitulah juga haiwan,unggas dan serengga
Cuma satu yang digariskan bernama taat dan takwa

Menunaikan yang di perintah dan tinggalkan yang larangan

Setiap satu pasti punya guna dan manfaat hasil di cipta

Membias dalam rona pelbagai rupa
Tujuh rona pelangi memancar indah menyebar dalam flora dan fauna-Nya
Lantas bergegaslah sang rama-rama, sang pepatung dan sang lebah
Ke dalam hakiki tugasnya
Inilah bukti taatnya mereka

Menerima fitrah lakaran kejadian tanpa banyak karenah bersoal
Dalam nyanyian zikir tulus menebar bakti
Mempercepat proses pendebuan dari bunga ke bunga
Lalu lahirlah hasil buah-buahnya untuk dirasai semua makhluk
Hendaknya apatah lagi yang bernama manusia
Di cipta dalam sebaik-baik kejadian-Nya

Kadang waktu haiwan itu terlebih baik akhlak lakunya
Kerana tiada manusia m
enjelma dalam kelompoknya
Namun citra manusia itu amat berbeza
Kemanusiaannya amat berbeza
Kemanusiaannya sering terlindung dalam kejahatan melebihi haiwan
Bukankah perintah sudah diperjelaskan
Bahawa ketaatan buat-Nya mesti di adun tanpa berbelah bahagi
Kerana menyedari bahawa kita hanya ciptaan nan lemah
Milik-Nya yang paling hakiki.....
Tiada harta milik abadi

Ini jawapan pasti
Tak perlu serakah berhaloba diri
Alam ini ikhtibar nyata
Betapa rapuh dan baharunya kita
Boleh dijemput atau direntap pada bila-bila waktu dan ketika
Kerana Dia Yang Maha Tahu
Sampai bila kita bakal berada disini...

Lalu selagi ada usia dikandung badan
Tunaikanlah kewajipan taat perintah itu hanya buat Dia
Sang Pencipta Yang maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Yang Maha Agung Keampunan-Nya

www.galeriilmu.com.my

 

LAYARI BERSAMA © 2008. Design By: SkinCorner